Jadilah diri sendiri

China

Saya harap semua orang di seluruh dunia dengan beraninya dapat jadi diri mereka sendiri. Daripada Lim Jian Song, China

Malaysia

Kepada kawan seluruh dunia, Apa khabar? Saya Thogo dari Malaysia sekarang kerja dgn WCS (Wildlife Conservation Society) supaya dapat memulihara harimau Malaysia yang sekarang menghadapi kepupusan.

Sebuah dunia tanpa sempadan

Brazil

Helo! Sekeping poskad dari Brazil menunjukkan negara kami adalah tempat tinggal kepada pelbagai budaya. Saya impikan sebuah dunia tanpa sempadan, yang mana kita boleh mengembara ke mana saja seperti kita adik-beradik, anak-anak kepada emak yang sama! Salam sayang, Fernando Sumiya.

Jadilah diri sendiri

China

Saya harap semua orang di seluruh dunia dengan beraninya dapat jadi diri mereka sendiri. Daripada Lim Jian Song, China

Cinta adalah perkara paling penting

Canada

Cinta adalah perkara yang paling penting. Cintai diri sendiri. Cintai orang lain. Kukuhkan belas kasihan anda setiap hari. Bawa bertenang. Nikmati alam semula jadi, keindahan dan kesenian. Sertai orang-orang yang baik. Yang pasti berseronoklah!

Bagaimana menjadikan dunia yang lebih harmoni?

China

"Pakcik tua ini hanya boleh berharap kepada Pakcik McDonald." Saya berkata kepada diri sendiri apabila saya melihat poskad itu buat pertama kali. Pada zaman sekarang, tradisi masyarakat Cina untuk menyokong ibubapa yang yang sudah tua, dimana untuk menjada mereka secara fizikal dan emosi semakin kurang dilihat. Saya masih tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan dunia ini lebih harmoni?

Bukan dunia berbilang bangsa, tapi dunia interaksi antara bangsa

Russia

Hai. Hari ini, adalah sangat penting untuk tidak membezakan manusia kepada golongan minoriti dan majoriti, beri peluang yang sama rata untuk yang kaya dan miskin, berkulit hitam dan putih, luar bandar dan bandar. Penting juga untuk tidak hidup dalam dunia berbilang budaya, tetapi dalam dunia interaksi antara budaya di mana kita bukan saja tinggal di kejiranan yang sama tetapi saling berhubung di antara satu sama lain. Salam daripada St. Petersburg. Tina.